Taman Dusun Bandar berkeluasan 19 ekar adalah merupakan bekas Setinggan Kampung Delima dan terletak berhampiran Muzium Diraja. Konsep pembangunan taman ini adalah untuk mewujudkan sebuah taman awam di dalam dusun buah-buahan serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasarana rekreasi dan riadah.
Taman Dusun Bandar juga telah dilengkapi dengan pelbagai sepsis tanaman buah-buahan tempatan yang sangat sesuai untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat. Satu e-Dusun Bandar App Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dibangunkan untuk pengunjung membelajar buah-buahan tempatan yang terdapat di Malaysia.
Terdapat 54 maklumat jenis spesis pokok buah-buahan tempatan di dalam App. Pengunjung boleh membaca maklumat sepenuh spesis pokok buah-buahan dengan hanya mengimbas QR code penanda label di taman dengan menggunakan e-Dusun Bandar App.